Sunday, November 20, 2016

Motivasi dari AnekDok – Syiling Buruk oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.

Al-kisah ada seorang lelaki yang keluar dari rumahnya berjalan tak tentu arah dengan rasa tak tentu rasa.

Dia sebenarnya sudah lama menganggur, duit tak ada. Dia masih bergelut dengan kehidupannya untuk memberikan nafkah pada keluarganya, isterinya pula selalu marah-marah kerana tidak dapat memberi barang-barang di rumah selayaknya.

Jadi lelaki ini tidak tahan dengan keadaan tersebut dan dia tidak yakin dengan kehidupannya. Lalu dia berfikir tidak boleh tidak untuk mencari pekerjaan lain yang lebih bagus.

Ketika dia sedang menyelusuri jalan yang agak lenggang, tiba-tiba dia tersepak sesuatu. Lalu ia mengambil dan dilihatnya “katanya – eh rupanya duit syiling yang buruk”. Dalam fikiranya, “ingatkan duit 50 sen ke rupanya duit syiling yang buruk”. Tapi dia fikir, “syiling ini, syiling antik ni”. Lalu dia bercita-cita nak bawa duit ini pergi ke bank, mungkin pihak bank boleh cagarkan dengan duit. Apabila dia sampai di bank, kaki tangan di bank mengatakan, “pakcik, kalau pakcik bawa duit syiling ini ke kedai penggumpul barang antik bangkali ada harganya, kami di bank tidak boleh buat urusan begitu”.

Lalu lelaki ini pun, mengikuti anjuran pihak bank dan menuju ke kedai barang antik. Rezekinya barang kali, tuan kedai barang antik, telah menilai duit syiling lelaki itu dengan harga 30 ringgit. Alhamdulillah, dia pun berfikir, “aik dapat 30 ringgit, rezeki terpijak barangkali”.
Jadi ketika dia melalui sebuah kedai kayu papan yang menjual papan lapis, dan dilihatnya ada beberapa keping papan yang ingin dilelong. Lalu dia berhasrat untuk membeli beberapa keping papan yang dilelong tersebut kerana isterinya yang selalu merunggut, rumahnya tak macam rumah, nak simpan baju, almari pun taka da, pingan macam-macam. Lalu di beritahu pada tuan kedai kayu ini hendak membeli kayu tersebut dengan harga 30 ringgit.

Setelah dia membeli kayu yang hasil daripada jualan syiling buruk tadi, lalu dia memikul kayu tersebut. Dalam perjalanan balik ke rumahnya, dia lalu pula di sebuah bengkel membuat perabot. Ketika dia lalu, pemilik kedai perabot tertarik melihat kayu yang dipikul. Kayunya indah, mutu bagus, warna terkenal. Dan kebetulan ketika itu, si tukang perabot ada pesanan bina perabot khas. Jadi dia memanggil lelaki tersebut, katanya ‘pakcik saya sanggup beli kayu ini, saya buka harga dengan membeli 100 ringgit’. Lelaki ini berfikir, ‘ini sudah bagus, beli 30 ringgit, ada orang ingin membeli 100 ringgit’. Maka dijualnya pada si tukang perabot tersebut. Kerana gembiranya si tukang perabot, diberinya lagi perabot percuma. Ahhh, Alhamdulillah, ini memang rezeki, dalam fikirannya. Saya bawa balik dahulu almari untuk dihadiahkan pada Isteri saya di rumah.

Dalam perjalanan pulang, dia melalui perumahan yang baru. Ada seorang perempuan yang sedang mengubah suai rumah barunya. Wanita termenung di luar jendela dan terpandang lelaki tersebut yang sedang membawa almari yang cantik dan indah tersebut. Wanita tersebut, terpikat dan memanggilnya serta menawarkan kepada pakcik tersebut untuk membeli  almari tersebut dengan menawarkan harga 200 ringgit. Sedangkan dia mendapat percuma daripada si tukang perabot. Ketika lelaki ini Nampak ragu-ragu, wanita tersebit menaikkan lagi harga menjadi 250 ringgit.

Dalam perjalanan pulang, lelaki tersebut terserempak dengan seorang perompak dan merompak duit yang diperolehi daripada hasil jualan almarinya. Dan merampas duit 250 ringgit tersebut.
Apabila dia sampai di rumahnya, isterinya bertanya kepadanya. “awak pergi mana seharian nie”, lelaki tersebut menjawab, tadi aku dirompak oleh seorang perompak. Isterinya bertanya lagi, “apa yang dirompak olehnya daripada awak”. Lelaki tersebut menjawab, “tidak apa yang dirompaknya, hanyalah sekeping duit syiling buruk sahaja yang aku temui pagi tadi”.

Saudara, apa yang boleh kita pelajari dari cerita yang panjang ini. Pengajaranya adalah jangan putus asa pekara malang yang menimpa kita. Sebenarnya kita tidak punyai apapun. Kenapa kita harus tenggelam dengan rasa sedih dan kecewa yang terlalu melampau-lampau.
Kisah tadi satu AnekDok bahawa daripada tidak apa-apa kepada memiliki sesuatu dan kembali kepada tiada apa-apa pada akhirnya.


Saudara, sekiranya kita merasa diri kita malang. Jangan teggelam kepada kesedihan tersebut. Berusahalah selalu, jangan putus asa. Rezeki itu luas.

No comments:

Post a Comment