Wednesday, February 19, 2014

Aku berasal dari BABALI estet. Ladang Getah yang subur menghijau, merupakan taman kelahiranku, sumber memoriku, lembayun impianku, celahan suka dan duka, dan tempat aku menabur benih cita-citaku, yang kini telahpun hilang dari dari muka bumi ini. Belum sempat aku mengenali Babali dengan lebih kini sudah tinggal sisa-sisanya dimamah oleh kemajuan. 

Warga Babali berselerak mencari dugaan hidup di luar kota Babali, yang ternyata amat berbeza dan penuh dengan liku-liku dugaan dan cabaran.

Seingat aku, aku membesar di Babali dengan berbekalkan dengan semangat untuk meneroka kehidupan yang disajikan di kaca televisyen. Ternyata sungguh indah segala drama dan panorama yang keluar dari corong kotak berkaca, tetapi tidak pada pengalamanku setelah berhijrah keluar dari kota Babali. 

Babali tersusun indah. Blok-blok rumah kediamannya, seolah-olah kadar dan luas setiap rumah adalah sama sahaja. Penghuni di blok-blok mempunyai cita rasa yang berbeza dengan hiasan dalaman yang pelbagai corak dan gaya telah memberikan warna yang berbeza, dipengaruhi budaya, dicorak oleh agama dan juga dilukis oleh tangan-tangan manja.  

Dapur Kayu
Babali kuidamkan suasana yang nyaman di pagi embun, berbekalkan air paip yang dirawat sendiri oleh pihak pengurusan babali menambah gigilnya terasa hingga ke sum-sum tulang. Masih ku ingat, bau asap dari dapur kayu, bahan bakarnya ranting-ranting pokok getah dan juga dahan-dahan sebesar lengan dan paha dikapak kecil-kecil untuk dibakar menjadi api pemanas air. Mak aku sudah siap menyediakan air panas dalam baldi untuk aku campurkan bersama dengan air sejuk tadi, suam sedia untuk dimanjakan badan aku. sungguh tidak dapat kulupa kenangan itu.  

Kasut berdebu merah
"Cepat mandi, kemudian pakai baju sekolah itu elok-elok, mak dan siapkan bekal ini. jangan lupa solat subuh sekali, nanti mak pi hantaq naik moto." masih terngiyang lagi suara mak kedengaran. Aku dah siap pakai kasut sekolah yang penuh dengan debu merah jalan, mak aku lengkap dengan pakaian peneroh getah, berbakal bekas halau nyamuk di pinggang dan juga beberapa bilah pisau meneroh getah (seingat aku, babali memanggilnya Getah dengan nama SEKRAP). Getah yang kering yang masih berbekas di baju mak, baunya kuat sekali sehinggakan berbekas pada baju sekolahku. "Bau Duit ni", dengan bangga mak aku berkata perasan aku menutup hidungku. Indah sungguh kenangan itu sehingga mahu aku kembali ke zaman kecilku. 
Menoreh Getah


Pot yang dipenuhi dengan sekrap beku
 
Buku-buku Sekrap yang telah dikeluarkan dari pot. 







No comments:

Post a Comment