Wednesday, December 7, 2016

Jarum peniti tersangkut di dalam rongga kanak-kanak


Tahukah anda, benda apakah yg terdapat di dalam imbasan ini yg tidak sepatutnya ada. Ia adalah jarum peniti. Kanak2 tersebut mencontohi perbuatan mencungkil gigi dari orang sekelilingnya. Akhirnya terlepas dan masuk ke dalam rongga mulutnya dan berdarah.                        
Apabila ia berlaku bawalah segera ke Hospital, Dr memberitahu jarum tersebut hampir mengenai kotak suara kanak2 malang tersebut. Alhamdulillah, dengan Izin Allah, ia berjaya dikeluarkan dan dibenarkan pulang.     
                   
Apakah hikmah @ pengajaran daripada peristiwa ini, 
1) pastikan semua jarum peniti, benda2 tajam, yg boleh membahayakan diri kanak2 pastikan simpan ditempat yg betul dan tidak boleh dicapai oleh kanak2.
2) ibu bapa atau penjaga mestilah memberikan contoh yg baik dengan jangan memberikan tunjuk ajar yg salah seperti mencungkil Gigi menggunakan jarum peniti di hadapan kanak2.
3) apabila kejadian Malang ini berlaku segeralah bawa ke hospital.
4) keadaan kanak2 tersebut mestilah dibaringkan supaya mengelak dari terus masuk ke bahagian lebih dalam.

Sunday, November 20, 2016

Motivasi dari AnekDok – Syiling Buruk oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.

Al-kisah ada seorang lelaki yang keluar dari rumahnya berjalan tak tentu arah dengan rasa tak tentu rasa.

Dia sebenarnya sudah lama menganggur, duit tak ada. Dia masih bergelut dengan kehidupannya untuk memberikan nafkah pada keluarganya, isterinya pula selalu marah-marah kerana tidak dapat memberi barang-barang di rumah selayaknya.

Jadi lelaki ini tidak tahan dengan keadaan tersebut dan dia tidak yakin dengan kehidupannya. Lalu dia berfikir tidak boleh tidak untuk mencari pekerjaan lain yang lebih bagus.

Ketika dia sedang menyelusuri jalan yang agak lenggang, tiba-tiba dia tersepak sesuatu. Lalu ia mengambil dan dilihatnya “katanya – eh rupanya duit syiling yang buruk”. Dalam fikiranya, “ingatkan duit 50 sen ke rupanya duit syiling yang buruk”. Tapi dia fikir, “syiling ini, syiling antik ni”. Lalu dia bercita-cita nak bawa duit ini pergi ke bank, mungkin pihak bank boleh cagarkan dengan duit. Apabila dia sampai di bank, kaki tangan di bank mengatakan, “pakcik, kalau pakcik bawa duit syiling ini ke kedai penggumpul barang antik bangkali ada harganya, kami di bank tidak boleh buat urusan begitu”.

Lalu lelaki ini pun, mengikuti anjuran pihak bank dan menuju ke kedai barang antik. Rezekinya barang kali, tuan kedai barang antik, telah menilai duit syiling lelaki itu dengan harga 30 ringgit. Alhamdulillah, dia pun berfikir, “aik dapat 30 ringgit, rezeki terpijak barangkali”.
Jadi ketika dia melalui sebuah kedai kayu papan yang menjual papan lapis, dan dilihatnya ada beberapa keping papan yang ingin dilelong. Lalu dia berhasrat untuk membeli beberapa keping papan yang dilelong tersebut kerana isterinya yang selalu merunggut, rumahnya tak macam rumah, nak simpan baju, almari pun taka da, pingan macam-macam. Lalu di beritahu pada tuan kedai kayu ini hendak membeli kayu tersebut dengan harga 30 ringgit.

Setelah dia membeli kayu yang hasil daripada jualan syiling buruk tadi, lalu dia memikul kayu tersebut. Dalam perjalanan balik ke rumahnya, dia lalu pula di sebuah bengkel membuat perabot. Ketika dia lalu, pemilik kedai perabot tertarik melihat kayu yang dipikul. Kayunya indah, mutu bagus, warna terkenal. Dan kebetulan ketika itu, si tukang perabot ada pesanan bina perabot khas. Jadi dia memanggil lelaki tersebut, katanya ‘pakcik saya sanggup beli kayu ini, saya buka harga dengan membeli 100 ringgit’. Lelaki ini berfikir, ‘ini sudah bagus, beli 30 ringgit, ada orang ingin membeli 100 ringgit’. Maka dijualnya pada si tukang perabot tersebut. Kerana gembiranya si tukang perabot, diberinya lagi perabot percuma. Ahhh, Alhamdulillah, ini memang rezeki, dalam fikirannya. Saya bawa balik dahulu almari untuk dihadiahkan pada Isteri saya di rumah.

Dalam perjalanan pulang, dia melalui perumahan yang baru. Ada seorang perempuan yang sedang mengubah suai rumah barunya. Wanita termenung di luar jendela dan terpandang lelaki tersebut yang sedang membawa almari yang cantik dan indah tersebut. Wanita tersebut, terpikat dan memanggilnya serta menawarkan kepada pakcik tersebut untuk membeli  almari tersebut dengan menawarkan harga 200 ringgit. Sedangkan dia mendapat percuma daripada si tukang perabot. Ketika lelaki ini Nampak ragu-ragu, wanita tersebit menaikkan lagi harga menjadi 250 ringgit.

Dalam perjalanan pulang, lelaki tersebut terserempak dengan seorang perompak dan merompak duit yang diperolehi daripada hasil jualan almarinya. Dan merampas duit 250 ringgit tersebut.
Apabila dia sampai di rumahnya, isterinya bertanya kepadanya. “awak pergi mana seharian nie”, lelaki tersebut menjawab, tadi aku dirompak oleh seorang perompak. Isterinya bertanya lagi, “apa yang dirompak olehnya daripada awak”. Lelaki tersebut menjawab, “tidak apa yang dirompaknya, hanyalah sekeping duit syiling buruk sahaja yang aku temui pagi tadi”.

Saudara, apa yang boleh kita pelajari dari cerita yang panjang ini. Pengajaranya adalah jangan putus asa pekara malang yang menimpa kita. Sebenarnya kita tidak punyai apapun. Kenapa kita harus tenggelam dengan rasa sedih dan kecewa yang terlalu melampau-lampau.
Kisah tadi satu AnekDok bahawa daripada tidak apa-apa kepada memiliki sesuatu dan kembali kepada tiada apa-apa pada akhirnya.


Saudara, sekiranya kita merasa diri kita malang. Jangan teggelam kepada kesedihan tersebut. Berusahalah selalu, jangan putus asa. Rezeki itu luas.

Wednesday, February 19, 2014

Aku berasal dari BABALI estet. Ladang Getah yang subur menghijau, merupakan taman kelahiranku, sumber memoriku, lembayun impianku, celahan suka dan duka, dan tempat aku menabur benih cita-citaku, yang kini telahpun hilang dari dari muka bumi ini. Belum sempat aku mengenali Babali dengan lebih kini sudah tinggal sisa-sisanya dimamah oleh kemajuan. 

Warga Babali berselerak mencari dugaan hidup di luar kota Babali, yang ternyata amat berbeza dan penuh dengan liku-liku dugaan dan cabaran.

Seingat aku, aku membesar di Babali dengan berbekalkan dengan semangat untuk meneroka kehidupan yang disajikan di kaca televisyen. Ternyata sungguh indah segala drama dan panorama yang keluar dari corong kotak berkaca, tetapi tidak pada pengalamanku setelah berhijrah keluar dari kota Babali. 

Babali tersusun indah. Blok-blok rumah kediamannya, seolah-olah kadar dan luas setiap rumah adalah sama sahaja. Penghuni di blok-blok mempunyai cita rasa yang berbeza dengan hiasan dalaman yang pelbagai corak dan gaya telah memberikan warna yang berbeza, dipengaruhi budaya, dicorak oleh agama dan juga dilukis oleh tangan-tangan manja.  

Dapur Kayu
Babali kuidamkan suasana yang nyaman di pagi embun, berbekalkan air paip yang dirawat sendiri oleh pihak pengurusan babali menambah gigilnya terasa hingga ke sum-sum tulang. Masih ku ingat, bau asap dari dapur kayu, bahan bakarnya ranting-ranting pokok getah dan juga dahan-dahan sebesar lengan dan paha dikapak kecil-kecil untuk dibakar menjadi api pemanas air. Mak aku sudah siap menyediakan air panas dalam baldi untuk aku campurkan bersama dengan air sejuk tadi, suam sedia untuk dimanjakan badan aku. sungguh tidak dapat kulupa kenangan itu.  

Kasut berdebu merah
"Cepat mandi, kemudian pakai baju sekolah itu elok-elok, mak dan siapkan bekal ini. jangan lupa solat subuh sekali, nanti mak pi hantaq naik moto." masih terngiyang lagi suara mak kedengaran. Aku dah siap pakai kasut sekolah yang penuh dengan debu merah jalan, mak aku lengkap dengan pakaian peneroh getah, berbakal bekas halau nyamuk di pinggang dan juga beberapa bilah pisau meneroh getah (seingat aku, babali memanggilnya Getah dengan nama SEKRAP). Getah yang kering yang masih berbekas di baju mak, baunya kuat sekali sehinggakan berbekas pada baju sekolahku. "Bau Duit ni", dengan bangga mak aku berkata perasan aku menutup hidungku. Indah sungguh kenangan itu sehingga mahu aku kembali ke zaman kecilku. 
Menoreh Getah


Pot yang dipenuhi dengan sekrap beku
 
Buku-buku Sekrap yang telah dikeluarkan dari pot. 







Sunday, February 16, 2014

Sejarah awal RAHMAN HYDRAULIC membeli estet Babali di Sungai Petani.

Babali suatu taman yang terlindung, terpencil di pendalam, dan jauh dari perhubungan masyarakat kota.
Nama babali berasal dari panggilan orang sekeliling yang memanggil Baba seorang penjual yang datang berniaga di estet tersebut. Maka jolokan Babali terus menjadi fenomena sehinggakan semua penduduk estet mengelarnya Babali estet.
Babali estet merupakan estet getah, di mana getahnya diusahakan oleh pemaju yang bernama RAHMAN HYDRAULIC Tin Bhd.

Mengikut keratan akhbar yang penulis temui di dalam koleksi New Straits Times tahun 1988 pada 25 februari, menurut pemberita M. Magesvaran, Pengurus Oh Bak Kim ditemubual selepas menyuarat tahunan di Kuala Lumpur, keputusan untuk membuka satu lagi sayap perniagaan dengan melabur kepada bisness penanaman getah dengan kapasiti yang besar di sungai petani, berukuran 10.25 hektar. 

Menurut keratan akhbar ini lagi, telah menyumbang nilai ekport yang tinggi iaitu 2.2 juta kg pada tahun tersebut. Sila ikuti pautan di bawah ini untuk melihat keratan akhbar tersebut.

http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=19880225&id=a6RUAAAAIBAJ&sjid=Y5ADAAAAIBAJ&pg=6579,1743875  

Dulu nama yang dikenali oleh penduduk setempat ialah BABALI estet, tetapi kini namanya mudah dikenali dengan nama Ladang Pinang Tunggal estet. 


Logo Sekolah Keb. Ladang Pinang Tunggal
Logo di atas ini adalah logo Sek Keb pertama penulis, kini telah ditukar pada nama Sek Keb Seri Pinang. Gambar dibawah, penulis sedang berdiri di atas podium, setiap kali perhimpunan bermula, lagu negaraku, Lagu Negeri Kedah dan juga Lagu Sekolah. kini penulis tidak dapat lagi ingat bagaimana lirik-lirik lagu sekolah Seri pinang. Tetapi ingatkan untuk terus membayangkan suasana di perhimpunan masih lagi segar dan sentiasa menjadi imaginasi di kala rindukan kampung halaman.
Sek Keb. SERI PINANG.
Sebuah kampung yang terpencil
Babali adalah sebuah estet getah. Seingat penulis estet ini sudah berusia lebih dari tiga generasi. Generasi nenek sehingga generasi penulis. Estet ini merupakan tempat kelahiran penulis, sekolah pertama dan juga taman permainan bagi penulis. Ikuti kisah-kisah menarik penulis membesar di estet ini yang memaparkan kepelbagaian budaya dan juga adat resam penduduk estet yang merangkumi pelbagai bangsa dan agama. Estet ini sudah tiada lagi dan telah pun dibangunkan sebuah taman perumahan mega.

Setiap kenangan dan impian penulis terkubur sekali dek pembangunan yang pesat ini. Mujurlah ada beberapa gambar yang sedang dikumpulkan oleh penduduk-penduduk di sana, penulis berhubung dengan mereka melalui pelbagai cara, seperti kenduri sanak saudara, budaya menziarahi, dan terkini melalui “facebook”.
Ini adalah wajah-wajah penduduk babali. 
gambar atas adalah kilang bata
gambar bawah adalah sesetengah warga perempuan babali

Cinta seorang anak BABALI

Babali estet tanah kenangan,
Barisan blok-blok tersusun budaya,
Jiran keluarga bertegur mesra,
Berganding bahu menghulur sayang,
Tanda cinta anak babali.

Hijaunya daun gugur kemarau,
Resah babali kembali dahaga,
Jelas panas menghidu debu,
Menanti mutiara turun di langit,
Tidak sesak nafas menghela,
Berbakti sesuap anak dikendong,
Tanda cinta anak babali.

Sejuknya embun meresap ke tulang,
Suara azan memecah gelita,
Bangun anakku ayam berkokok,
Bersiap siaga sekolahmu menanti,
Berjalan kaki, berbasikal tua, berbekal dua kupang,
Semangat dijulang sekolah menanti,

Tanda cinta anak babali.

Babali: Cinta yang pernah wujud

1.  Sebuah kampung yang terpencil
2.     Suasana yang tidak akan dilupakan
3.  Sekolah pertamaku
4.     Seronoknya Raya
5.     Ramadhan tiba lagi
6.     Cuti sekolah dah tiba
7.     Berkhatan
8.     Ke pekan sungai petani