Motivasi dari AnekDok – Syiling
Buruk oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.
Al-kisah ada seorang lelaki yang
keluar dari rumahnya berjalan tak tentu arah dengan rasa tak tentu rasa.
Dia sebenarnya sudah lama
menganggur, duit tak ada. Dia masih bergelut dengan kehidupannya untuk
memberikan nafkah pada keluarganya, isterinya pula selalu marah-marah kerana
tidak dapat memberi barang-barang di rumah selayaknya.
Jadi lelaki ini tidak tahan
dengan keadaan tersebut dan dia tidak yakin dengan kehidupannya. Lalu dia
berfikir tidak boleh tidak untuk mencari pekerjaan lain yang lebih bagus.
Ketika dia sedang menyelusuri
jalan yang agak lenggang, tiba-tiba dia tersepak sesuatu. Lalu ia mengambil dan
dilihatnya “katanya – eh rupanya duit syiling yang buruk”. Dalam fikiranya, “ingatkan
duit 50 sen ke rupanya duit syiling yang buruk”. Tapi dia fikir, “syiling ini,
syiling antik ni”. Lalu dia bercita-cita nak bawa duit ini pergi ke bank,
mungkin pihak bank boleh cagarkan dengan duit. Apabila dia sampai di bank, kaki
tangan di bank mengatakan, “pakcik, kalau pakcik bawa duit syiling ini ke kedai
penggumpul barang antik bangkali ada harganya, kami di bank tidak boleh buat
urusan begitu”.
Lalu lelaki ini pun, mengikuti
anjuran pihak bank dan menuju ke kedai barang antik. Rezekinya barang kali,
tuan kedai barang antik, telah menilai duit syiling lelaki itu dengan harga 30
ringgit. Alhamdulillah, dia pun berfikir, “aik dapat 30 ringgit, rezeki
terpijak barangkali”.
Jadi ketika dia melalui sebuah
kedai kayu papan yang menjual papan lapis, dan dilihatnya ada beberapa keping
papan yang ingin dilelong. Lalu dia berhasrat untuk membeli beberapa keping
papan yang dilelong tersebut kerana isterinya yang selalu merunggut, rumahnya
tak macam rumah, nak simpan baju, almari pun taka da, pingan macam-macam. Lalu
di beritahu pada tuan kedai kayu ini hendak membeli kayu tersebut dengan harga
30 ringgit.
Setelah dia membeli kayu yang
hasil daripada jualan syiling buruk tadi, lalu dia memikul kayu tersebut. Dalam
perjalanan balik ke rumahnya, dia lalu pula di sebuah bengkel membuat perabot.
Ketika dia lalu, pemilik kedai perabot tertarik melihat kayu yang dipikul.
Kayunya indah, mutu bagus, warna terkenal. Dan kebetulan ketika itu, si tukang
perabot ada pesanan bina perabot khas. Jadi dia memanggil lelaki tersebut,
katanya ‘pakcik saya sanggup beli kayu ini, saya buka harga dengan membeli 100
ringgit’. Lelaki ini berfikir, ‘ini sudah bagus, beli 30 ringgit, ada orang
ingin membeli 100 ringgit’. Maka dijualnya pada si tukang perabot tersebut. Kerana
gembiranya si tukang perabot, diberinya lagi perabot percuma. Ahhh,
Alhamdulillah, ini memang rezeki, dalam fikirannya. Saya bawa balik dahulu
almari untuk dihadiahkan pada Isteri saya di rumah.
Dalam perjalanan pulang, dia
melalui perumahan yang baru. Ada seorang perempuan yang sedang mengubah suai
rumah barunya. Wanita termenung di luar jendela dan terpandang lelaki tersebut
yang sedang membawa almari yang cantik dan indah tersebut. Wanita tersebut,
terpikat dan memanggilnya serta menawarkan kepada pakcik tersebut untuk
membeli almari tersebut dengan
menawarkan harga 200 ringgit. Sedangkan dia mendapat percuma daripada si tukang
perabot. Ketika lelaki ini Nampak ragu-ragu, wanita tersebit menaikkan lagi
harga menjadi 250 ringgit.
Dalam perjalanan pulang, lelaki
tersebut terserempak dengan seorang perompak dan merompak duit yang diperolehi
daripada hasil jualan almarinya. Dan merampas duit 250 ringgit tersebut.
Apabila dia sampai di rumahnya,
isterinya bertanya kepadanya. “awak pergi mana seharian nie”, lelaki tersebut
menjawab, tadi aku dirompak oleh seorang perompak. Isterinya bertanya lagi,
“apa yang dirompak olehnya daripada awak”. Lelaki tersebut menjawab, “tidak apa
yang dirompaknya, hanyalah sekeping duit syiling buruk sahaja yang aku temui
pagi tadi”.
Saudara, apa yang boleh kita
pelajari dari cerita yang panjang ini. Pengajaranya adalah jangan putus asa pekara
malang yang menimpa kita. Sebenarnya kita tidak punyai apapun. Kenapa kita
harus tenggelam dengan rasa sedih dan kecewa yang terlalu melampau-lampau.
Kisah tadi satu AnekDok bahawa
daripada tidak apa-apa kepada memiliki sesuatu dan kembali kepada tiada apa-apa
pada akhirnya.
Saudara, sekiranya kita merasa
diri kita malang. Jangan teggelam kepada kesedihan tersebut. Berusahalah
selalu, jangan putus asa. Rezeki itu luas.