Aku berasal dari BABALI estet.
Ladang Getah yang subur menghijau, merupakan taman kelahiranku, sumber
memoriku, lembayun impianku, celahan suka dan duka, dan tempat aku menabur
benih cita-citaku, yang kini telahpun hilang dari dari muka bumi ini. Belum sempat
aku mengenali Babali dengan lebih kini sudah tinggal sisa-sisanya dimamah oleh
kemajuan.
Warga Babali berselerak mencari
dugaan hidup di luar kota Babali, yang ternyata amat berbeza dan penuh dengan
liku-liku dugaan dan cabaran.
Seingat aku, aku membesar di Babali
dengan berbekalkan dengan semangat untuk meneroka kehidupan yang disajikan di
kaca televisyen. Ternyata sungguh indah segala drama dan panorama yang keluar
dari corong kotak berkaca, tetapi tidak pada pengalamanku setelah berhijrah
keluar dari kota Babali.
Babali tersusun indah. Blok-blok
rumah kediamannya, seolah-olah kadar dan luas setiap rumah adalah sama sahaja.
Penghuni di blok-blok mempunyai cita rasa yang berbeza dengan hiasan dalaman
yang pelbagai corak dan gaya telah memberikan warna yang berbeza, dipengaruhi
budaya, dicorak oleh agama dan juga dilukis oleh tangan-tangan manja.
![]() |
Dapur Kayu |
Babali kuidamkan suasana yang nyaman
di pagi embun, berbekalkan air paip yang dirawat sendiri oleh pihak pengurusan
babali menambah gigilnya terasa hingga ke sum-sum tulang. Masih ku ingat, bau
asap dari dapur kayu, bahan bakarnya ranting-ranting pokok getah dan juga
dahan-dahan sebesar lengan dan paha dikapak kecil-kecil untuk dibakar menjadi
api pemanas air. Mak aku sudah siap menyediakan air panas dalam baldi untuk aku
campurkan bersama dengan air sejuk tadi, suam sedia untuk dimanjakan badan aku.
sungguh tidak dapat kulupa kenangan itu.
Kasut berdebu merah |
"Cepat mandi, kemudian pakai
baju sekolah itu elok-elok, mak dan siapkan bekal ini. jangan lupa solat subuh
sekali, nanti mak pi hantaq naik moto." masih terngiyang lagi suara mak
kedengaran. Aku dah siap pakai kasut sekolah yang penuh dengan debu merah
jalan, mak aku lengkap dengan pakaian peneroh getah, berbakal bekas halau
nyamuk di pinggang dan juga beberapa bilah pisau meneroh getah (seingat aku, babali memanggilnya Getah dengan nama SEKRAP). Getah yang
kering yang masih berbekas di baju mak, baunya kuat sekali sehinggakan berbekas
pada baju sekolahku. "Bau Duit ni", dengan bangga mak aku berkata
perasan aku menutup hidungku. Indah sungguh kenangan itu sehingga mahu aku
kembali ke zaman kecilku.
![]() |
Menoreh Getah |
![]() |
Buku-buku Sekrap yang telah dikeluarkan dari pot. |