Monday, January 27, 2014


Pandangan Hidup

"Setiap Insan yang lahir di dunia ini mempunyai pandangan alam yang berbeza, Setiap perbezaan itu berdasarkan pandangan pengalaman, perasaan, imaginasi, pemikiran, kelakuan, latar belakang kehidupan, tahap sosial seseorang insan tersebut.

Lahirkan, Catatkan, Rekodkan setiap pandangan yang dilalui oleh minda dan perasaan kita.

Agar tidak lenyap dari pandang alam yang baru"

Tuesday, January 21, 2014

Monday, January 20, 2014


Hadapan Muzium Negara Malaysia
Malaysiaku tanah tumpahnya darahku.. bertemakan lagu Negaraku Malaysia, tanah Malaysia yang kaya dengan sumber alam telah memberikan sumber inspirasi untuk ku berkarya walaupun aku bukanlah seorang karyawan termashur.

BABALI estet ialah sebuah perkampungan yang kecil tetapi kaya dengan adat budaya yang berbilang kaum. Babali mempunyia sejarahnya sendiri, tegap teguhnya yang terdiri dari pelbagai budaya telah menyemarakkan budaya yang telah lama dipupuk selepas merdeka. Terlindung dalam sebuah penanaman getah. Ada sebuah sekolah rendah yang asalnya bernama Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Pinang Tunggal yang kini ditukar kepada Sekolah Rendah Sri Pinang. Satu-satunya khazanah yang mengingbau kenangan penduduk Babali.